Wednesday 8 February 2012

TAWADUKLAH KAMU

assalamualaikum wbt.. beberapa detik telah berlalu, tak sempat jugak ana nk update blog ni.. disebabkan beberapa kekangan memang x dapat lah nak update.. kheir,tapi x apa.. ana nak ambik kesempatan ni nak update ana punya blog yang banyak kekurangan dan mungkin perlu diperbaiki lagi...InsyaAllah..

Baru2 ni ana g pesta buka kt PWTC,sambil berjalan2 tu terbaca satu tajuk buku... Nak tau tajuk apa?? :) mestila nak kan? ok. tajuk buku tu NAFAHAT AL JUMUAAH karangan Syeikh Yusuf al Qaradhawi.Dalam buku ni,dia ada menceritakan mengenai 12 sifat2 IBADURRAHMAN.. tau x apa yang dikatakan dengan sifat Ibadurrahman tu?? Ibadurrahman tu maksudnya ialah kepada hamba2 Allah yang beribadah kepada Allah yang layak mendapat rahmat Allah swt..ada dalil tau x?? dalil mengenai sifat2 ibadurrahman ni?? dalilnya ada dalam surah al furqaan ayat 63-77.. Antara yang dikatakan sifat ibadurrahman tu ialah..
1. merendah diri
2, murah hati
3. mendirikan solat malam
4. takut neraka
5. sederhana membelanjakan harta
6. bertauhid
7. jauhi perbuatan membunuh dan menghormati kehidupan
8. menjauhi zina
9. taubat nasuha
10. tidak bersumpah palsu dan meninggalkan perbuatan yang tidak bermanfaat
11. menyelami kalamullah
12.memohon kebaikan bagi isteri dan keluarga

12 sifat yang disenaraikan di atas ialah sifat bagi ibadurrahman.. ayuhla sama2 berusaha untuk memupauk sifat2 di atas agar kita tergolong dalam golongan ibadurrahman.. Ana ingin sentuh salah satu sifat di atas iaitu sifat merendah diri atau sifat TAWADUK..firman Allah swt dalam surah al israa:17 mafhumnya.,,kita sebagai manusia dilarang untuk bersombong dan bongkak di atas muka bumi. Allah swt gambarkan bahawa panjang mana pun kaki kita, kita x kan mampu untuk menembusi bumi,dan panjang mana pun leher kita,kita x kan mampu menyamai ketinggian gunung. kita hanyala manusia yang hina lagi kerdil yang memang secara luar dan dalam atau dari semua sudut,kita memang terang terangan tidak mampu untuk mengtasi kekuasaan Allah swt. Kita hanyalah manusia yang asalnya dari air yang hina dan kembalinya kepada Allah akhirnya menjadi bangkai yang busuk.. MasyaAllah.. tapi,kenapa masih ada manusia yang ebrlagak sombong?? kenapa masih ada lagi yang bongkak?? kenapa masih ada yang suka menunjuk kehebatan masing?? Allahu akbar.. sama2 lah muhasabah diri kembali.

Bila orang puji.masyaAllah "enti ni cantik sangat, ana suka tengok" apa lagi, si "enti" ni pun masuk bilik..Bangga dengan apa yang diperkatakan orang mengenai kecantikannya.. Mula la lihat cermin,dengan perasaan bangga dan akhirnya boleh menimbulkan sifat berlagak dalam diri "enti" tu. Perasan semuanya hadir dalam lubuk hatu masing2.. Yea. memang x salah kalo anda nk berbangga dengan kecantikkan anda itu.. tapi, bersyukurlah! bersyukurlah! kerana dikurniakan wajah yang cantik atau sebagainya. Tanamkan sifat dalam diri anda aku bersyukur kerana aku dikurniakan oleh Allah wajah yang cantik. tapi aku yakin masih ada yang lagi cantik di luar sana.. Maka, InsyaAllah sifat tawaduk dalam diri kalian semua akan terbentuk.... kheir..insyaAllah.. ini adalah peringatan untuk diri ana dan juga teman2 yea??
Jadikan diri anda seperti air terjun.. walau tinggi manapun ia. ia tetap membenakan dirinya si dalam air.. ^_^


~~ MUHASABAH BERSAMA~~