Wednesday, 8 February 2012

TAWADUKLAH KAMU

assalamualaikum wbt.. beberapa detik telah berlalu, tak sempat jugak ana nk update blog ni.. disebabkan beberapa kekangan memang x dapat lah nak update.. kheir,tapi x apa.. ana nak ambik kesempatan ni nak update ana punya blog yang banyak kekurangan dan mungkin perlu diperbaiki lagi...InsyaAllah..

Baru2 ni ana g pesta buka kt PWTC,sambil berjalan2 tu terbaca satu tajuk buku... Nak tau tajuk apa?? :) mestila nak kan? ok. tajuk buku tu NAFAHAT AL JUMUAAH karangan Syeikh Yusuf al Qaradhawi.Dalam buku ni,dia ada menceritakan mengenai 12 sifat2 IBADURRAHMAN.. tau x apa yang dikatakan dengan sifat Ibadurrahman tu?? Ibadurrahman tu maksudnya ialah kepada hamba2 Allah yang beribadah kepada Allah yang layak mendapat rahmat Allah swt..ada dalil tau x?? dalil mengenai sifat2 ibadurrahman ni?? dalilnya ada dalam surah al furqaan ayat 63-77.. Antara yang dikatakan sifat ibadurrahman tu ialah..
1. merendah diri
2, murah hati
3. mendirikan solat malam
4. takut neraka
5. sederhana membelanjakan harta
6. bertauhid
7. jauhi perbuatan membunuh dan menghormati kehidupan
8. menjauhi zina
9. taubat nasuha
10. tidak bersumpah palsu dan meninggalkan perbuatan yang tidak bermanfaat
11. menyelami kalamullah
12.memohon kebaikan bagi isteri dan keluarga

12 sifat yang disenaraikan di atas ialah sifat bagi ibadurrahman.. ayuhla sama2 berusaha untuk memupauk sifat2 di atas agar kita tergolong dalam golongan ibadurrahman.. Ana ingin sentuh salah satu sifat di atas iaitu sifat merendah diri atau sifat TAWADUK..firman Allah swt dalam surah al israa:17 mafhumnya.,,kita sebagai manusia dilarang untuk bersombong dan bongkak di atas muka bumi. Allah swt gambarkan bahawa panjang mana pun kaki kita, kita x kan mampu untuk menembusi bumi,dan panjang mana pun leher kita,kita x kan mampu menyamai ketinggian gunung. kita hanyala manusia yang hina lagi kerdil yang memang secara luar dan dalam atau dari semua sudut,kita memang terang terangan tidak mampu untuk mengtasi kekuasaan Allah swt. Kita hanyalah manusia yang asalnya dari air yang hina dan kembalinya kepada Allah akhirnya menjadi bangkai yang busuk.. MasyaAllah.. tapi,kenapa masih ada manusia yang ebrlagak sombong?? kenapa masih ada lagi yang bongkak?? kenapa masih ada yang suka menunjuk kehebatan masing?? Allahu akbar.. sama2 lah muhasabah diri kembali.

Bila orang puji.masyaAllah "enti ni cantik sangat, ana suka tengok" apa lagi, si "enti" ni pun masuk bilik..Bangga dengan apa yang diperkatakan orang mengenai kecantikannya.. Mula la lihat cermin,dengan perasaan bangga dan akhirnya boleh menimbulkan sifat berlagak dalam diri "enti" tu. Perasan semuanya hadir dalam lubuk hatu masing2.. Yea. memang x salah kalo anda nk berbangga dengan kecantikkan anda itu.. tapi, bersyukurlah! bersyukurlah! kerana dikurniakan wajah yang cantik atau sebagainya. Tanamkan sifat dalam diri anda aku bersyukur kerana aku dikurniakan oleh Allah wajah yang cantik. tapi aku yakin masih ada yang lagi cantik di luar sana.. Maka, InsyaAllah sifat tawaduk dalam diri kalian semua akan terbentuk.... kheir..insyaAllah.. ini adalah peringatan untuk diri ana dan juga teman2 yea??
Jadikan diri anda seperti air terjun.. walau tinggi manapun ia. ia tetap membenakan dirinya si dalam air.. ^_^


~~ MUHASABAH BERSAMA~~






Thursday, 22 December 2011

OH IBU,KU SANGAT MENYAYANGI DIRIMU

assalamualaikum wbt.. alhamdulillah,Allah masih memberi peluang kepada ana untuk menulis post di halamn blog ana yang x seberapa ni. kali ni, ana nak tulis pasal ibu.. ermm,ana yakin dan pasti antum antunna mesti sangat2 sayang kepada ibu antum antunna kan?? kita kenala kasih dan sayangakan ibu kita kerana syurga kita terletak dibawah tapak kaki ibu,dan reda Allah swt adalah reda ibu kita. derhaka kepada ibu janganla sesekali, Allah akn tunjuk akibatnya, x di dunia, akhirat adalah balasannya..


sebenarnya na nk tulis pasal ibu ana yang sangat2 ana kasihi,cintai ,dan sayangi.. tanpa ibu, spa la diri ana ni..diala segala sumber inspirasi ana,kekuatan ana.semangat ana,dan sumber kebahagiaan ana di dunia dan akhirat. ibu ana merupakan seorang ibu tunggl yang sangat2 tabah hadapi mcm2 dugaan sepanjang nak membesarkan ana dan adik2. bila tengok raut wajah ibu, hati ana menangis bila teringtkan mcm2 yang ibu ana hadapi.. sangat sayu, dan sedih.. air mata ni sentiasa akan mengalir di pipi bila mna melihat ibu ana menangis.. ya Allah, x tertanggung rasanya melihat ibuku begitu.

ayah ana meninggal sejak ana umur 5 tahun dan adik ana masa tu umur 4 tahun. ayah ana meninggal disebabkan santau. arwah meninggal dalam rumah Allah,di masjid parit panjang.. ana mendoakan arwah ayah ana ditempatkan bersama sama para solihin.. kata ibu, kalau ayah masih hidup dia xkan hantar ana belajar di sek ren kerajaan,apatah lagi universiti, dia nk ana belajar di sek ren agama dan sambung pengajian ana dalam bidang agama. ayah, ampuni anakandamu kerana x dapat nak realisasikan impianmu. T T
 
selepasa ayah ana meninggal untuk masa beberapa bulan,ibu ana berkahwen dengan seorang lelaki yang memenag ana rasa x tau nak bertanggungjawab.. ana nampak perangai dia selepas ibu melahirkan adik ana hasil perkahwinan dengan ayah baru ana tu. tiap2 hari ana dan adik dipukul.. lagi menyedihkan ayah tiri ana tu x dapat nak terima lehadiran adik ana, iatu ana k kandungnya sendiri (sukri).. adik ana yang ni, ada sakit kulit.. kalo dia tidur,matanya merah, xtahan panas,kulit dia tebal seakan2 kulit ular.. memang teruk sangat keadaan adik masa tu.. ibu terima adik dengan hati yang terbuka,ibu jaga adik,didik adik bagi kasih sayang yang sama  anatara kami adik beradik, smpaila 1 hari tu, ibu x tahan dengan sikap ayah tiri ana yang ni. ibu mohon fasakh di mahkamah. ibu ana cakap, ibu  xtahan sebab tiap kali adik shukri menagis ayah tiri ana akan buat adik.. ada 1 malam tu. ayah tiri guna kuku dia buat adik kat mata.. smapai berdarah mata dia.. ya Allah. kesian sangat2 kat adik sebab dapat ayah yang x pernah nak hargai kehadiran dia kat dunia  ni.. ana yang dengar pun samapai menagis, apatah lagi hati ibu ana yang lembut tu.. mesti luluh hati dia sbb anak dia diperlakukan begitu.. akhirnya ibu berceerai dengan ayah tiri masa adik shukri umur 2 taun dan sampaila sekarang ibu x kawin lagi.. ayah tiri ana  xpnah bagi nafkah kat adik shukri.. ibu cakap, xpela akhirat masih ada untuknya.. Allah itu maha adil.. yea.. itulah ibu,bersabar and terus bersabar,, biarkan je apa orang nak buat.. itula ibu ana,, penyabar, tapi di sebalik kesabarannya tersekit sejuta kesedihan yang x tertanggung.

jadi selepas ibu hilang tempat bergantung, ibu mencari kerja.. dan alhamdulillah,ibu dapt bekerja di sebuah kilang. mastu ana baru darjah 1. adik shukri masa tu umur setahun,ibu kerja shift malam sebab x da spa nak jaga adik.. jadi, ana yang ambik tugas untuk jga adik.. balik dari sek ana yang akan jaga adik. 1 benda lagi yang buat ana sedih,sebanrnya ibu ana x boleh tunggang moto,sebab ada masalah kat kaki. jadi,tiap2 hari ibula yang hantar dan ambik ana ng adik ana yang sorang lagi tu pergi/balik dari sek. memang sangat kesian kat ibu time tu.. tapi,apakan daya ana?? nak beli basikal untuk ana masa tu pun ibu x da duit.kesian kat ibu,2 kayuh basikal di bawah panas terikan matahri,kesian sangat kat ibu. erm,tiap2 hari ibu akan balik 12 tgah malam dari kerja.. tu la rutin harian ibu.. pagi masak untuk ana dan adik2 then petang dia akan g keja.

sekarang.kesihatan ibu x menentu..kata ibu,mungkin dulu ibu kuat sangat bekerja.. masa tua ni la nk sakit sini situ pu.. apa2 pun kata ibu,anakmu ini sngat3 menyayangimu.adik ana shukri pun dah 13 taun sekarang dan adik ana yang sorang lagi tu 18 taun. tp, ana sanagt sedih dengan sikap adik ana yg umur 18 tu,xpenah dia hormat ibu ana.. selalu sngat dia tengking ibu,hina ibu,kutuk ibu, tu dah jadi rutin hrian dia nk cakap ap apun kat ibu..adik ana yang tu,memang degil,keras kepala dan x tau nak hormat orang tua, ibu ana hanya mampu menangis dan menagis.. ana sangat sedih bila adik ana yg tu buat mcm  tu kat ibu.. spakah ibu di mata dia?? spakah ana di mata dia?? siapakak kami di hadapan dia?? seolah olah kami ni x pnah  wujud dalam hati dia.. xmamapu ana nk tulis apa yang telah dia buat.. ana cuma berharap yang 1 hari nanti Allah swt bukakan hatinya untuk menilai kami spakah kami dalamhidup dia,, semoga Allah memberikan dia nur keinsafan.. buat masa sekarang hanya ttisan air mata sjalah yg menjadi peneman diri ana ng ibu.. bersabar dan terus bersabar,,

ibu,ku sangat menyayangimu,,ingatlah,walau apa pun adik buat kepadamu,kau tetap disisimu.. aku akn menjaga diimu selagi hayat ku masih dibadan. akan ku menyayangimu lebih dari segalanya.. akan ku curahkan bakti kepadamu,.. akn ku bals jasamu kerana mendidikku,bersabar dengan diriku,dan menyayangiku.. terima kasih ibu!!